
Pastikan internet laju
RIM 21 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar akan memastikan penduduk Rim menikmati capaian internet setaraf dengan kawasan bandar.
Menurutnya, bagi memastikan perkara itu berjalan lancar pihaknya bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan internet Telekom Malaysia (TM), khusus bagi mengurangkan gangguan dan mengelakkan daripada berlaku sebarang kerosakan.
“Kita sudah minta pihak TM memastikan akses capaian internet dalam DUN Rim ditambah baik dari semasa ke semasa dan tidak terputus.
“Pihak TM juga telah maklumkan bahawa kerja-kerja naik taraf kemudahan internet dalam DUN Rim telah memasuki fasa kedua ketika ini,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri program Hari Bersama Masyarakat (HBM) Siri Kedua di Taman Kelubi Idaman di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, pada program sama TM turut melancarkan ‘Pasukan To Door’ bertujuan memastikan setiap isi rumah dilengkapi peralatan diperlukan, sekali gus memudahkan proses langganan internet.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
