
Tuntut segera pasport elak dilupuskan
BATU KURAU, 24 Julai – Rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport secara dalam talian perlu menuntut segera dokumen berkenaan bagi mengelak daripada dilupuskan dalam tempoh 90 hari, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata perkara itu juga selaras dengan peraturan yang telah termaktub di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia, yakni apabila seseorang itu telah membuat pasport, menjadi tanggungjawab juga kepada individu berkenaan untuk menuntutnya.
“Bukan menjadi bidang kuasa kepada Jabatan Imigresen pula untuk hantar kepada mereka, walaupun diakui mungkin terdapat masalah tertentu yang menyebabkan pasport berkenaan gagal dituntut,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Kita Demi Negara di Dewan Astaka Batu Kurau, hari ini.
Beberapa media sebelum ini melapokan Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan terdapat 2,600 pasport yang telah diperbaharui secara dalam talian yang masih tidak dituntut setakat ini.
Mengulas mengenai program hari ini, Hamzah berkata lebih 2,000 individu telah berdaftar sebagai Sahabat Kita Demi Negara yang berperanan sebagai mata dan telinga pihak kerajaan khususnya berkaitan isu melibatkan keselamatan negara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

