
Nahas: Bayi enam bulan maut tercampak keluar dari kereta
JOHOR BAHRU, 2 Ogos – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta manakala enam yang lain cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 161.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tangkak, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata kemalangan yang berlaku pada 8.30 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian.
Beliau berkata kenderaan Perodua Alza yang dipandu bapa mangsa berusia 28 tahun, isterinya, 28, bersama lima yang lain didapati datang dari arah Pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki kesemua mangsa dari arah Pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik ke kawasan berumput.
“Bayi itu telah terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia manakala pemandu dan penumpang yang lain mengalami kecederaan ringan,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata bayi tersebut dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat manakala enam individu itu pula turut menerima rawatan di hospital sama.
Mohd Fadhil berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
