
Bot nelayan terbakar, 20 kru selamat
MERSING, 5 Ogos – Sebuah bot nelayan terbakar di perairan Kuala Endau, Pahang, semalam (Khamis), namun kesemua 20 orang kru bot tersebut selamat.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata kebakaran itu berlaku pada pukul 9.30 malam, di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau.
Susulan itu, bot ronda kelas Perkasa telah diarahkan ke lokasi dan mendapati kesemua mangsa yang merupakan warga Laos itu telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran.
“Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka, yang juga pemilik bot yang terbakar itu.
“Menurut mangsa, kejadian dipercayai berpunca daripada kebakaran di bahagian enjin sebelum ia mula merebak ke semua bahagian bot,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RESORT RM18 JUTA BAKAL UBAH WAJAH PELANCONGAN UMBAI
SERKAM 29 Jun - Pembangunan sebuah pusat peranginan baharu bernilai RM18 juta dijangka menjadi pemangkin baharu kepada sektor pelancongan pesisir...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
PENGLIBATAN JBPM DI PBT LANCARKAN URUSAN PEMBANGUNAN MELAKA
PAYA RUMPUT 29 Jun - Keputusan Kerajaan Negeri menempatkan wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai ahli majlis di...
MELAKA SALUR LEBIH RM152,000 BELA KEBAJIKAN ‘WIRA MERAH’
PAYA RUMPUT 29 Jun - Kerajaan Negeri telah menyalurkan lebih RM152,000 bagi menjayakan pelbagai program kebajikan, latihan, sokongan serta pengukuhan...
PERAHU NAGA LAMBANG PERPADUAN
BANDA HILIR 29 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga bersempena Pesta Perahu Naga Melaka Ke-41 bukan sekadar mengangkat warisan budaya,...
MELAKA MOHON TIGA BALAI BOMBA BAHARU
PAYA RUMPUT 29 Jun – Melaka akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan tiga lagi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)...

