
536 terima darjah kebesaran Melaka sesi kedua dan ketiga
SERI NEGERI 27 Ogos – Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-73 Tahun 2022 bagi sesi kedua dan ketiga dimulakan, sebentar tadi.
Pada istiadat yang berakhir hari ini, seramai 536 lagi penerima daripada 883 individu yang telah disenaraikan tahun ini akan menerima pengiktirafan kerajaan negeri disampaikan Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Bagi sesi yang berlangsung tepat jam 9.30 pagi tadi istiadat penganugerahan telah didahului seramai 13 individu menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang akan membawa gelaran Datuk Wira.
Ia diikuti tiga individu yang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) yang akan membawa gelaran Datuk.
Manakala, 52 individu lagi juga telah menerima gelaran Datuk setelah menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M).
Selain itu, 15 individu dijadual akan menerima Darjah Seri Melaka (D.S.M), 19 individu akan menerima Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.), 74 penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.),61 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) dan 52 penerima Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M.).
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...

