
Jaringan tunggal Fatin Shahida bantu Melaka United julang Piala Tun Sharifah Rodziah
KUALA LUMPUR, 12 September – Jaringan Fatin Shahida Azmi pada Masa tambahan minit-ke-115 berjaya membantu Melaka United mempertahankan kejuaraan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2022 dengan mengalahkan Negeri Sembilan 1-0 pada aksi final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam ini.
Kemenangan berkenaan mengulangi kejayaan Melaka United menjulang piala berkenaan pada edisi 2019.
Skuad Negeri Sembilan yang turun dengan semangat juang tinggi menguasai keseluruhan babak pertama sebaik sahaja wisel ditiup dengan mencipta beberapa percubaan namun kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan sehingga akhir babak pertama.
Bersambung pada babak kedua, skuad Melaka United, kendalian S. Ganesan Pillay, mula menemui rentak permainan dengan mengasak kubu lawan namun rembatan pemain tengah Fatin Shahida pada minit ke-71, berjaya ditepis penjaga gol Negeri Sembilan, Nur Ezza Ashikin Abdul Razak.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan sehingga perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum Fatin Shahida menjaringkan gol yang ditunggu-tunggu untuk memastikan kemenangan Melaka United.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
