
Bekas Presiden MIC Samy Vellu meninggal gunia
Mendiang berusia 86 tahun.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika dihubungi Bernama.
“Saya menerima panggilan pagi tadi memaklumkan beliau (Samy Vellu) meninggal dunia ketika tidur,” katanya.
Subramaniam berkata upacara pengebumian akan dimaklumkan keluarga mendiang kelak.
Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.
Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar Samy Vellu Datuk E. Sivabalan berkata orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian di rumah mendiang beralamat di No.19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh, selepas 2 petang hari ini.
Sivabalan dalam satu kenyataan ringkas bagi pihak keluarga berkata mayat mendiang Samy Vellu akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Cheras esok.
“Keranda akan dibawa meninggalkan kediaman pada pukul 3 petang esok dan dijangka tiba di krematorium pada pukul 4 petang,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SYARIKAT TEKNOLOGI PERUBATAN JEPUN BERMINAT LUASKAN KEPAKARAN DI MELAKA
OSAKA, JEPUN 4 September - Sebuah syarikat peneraju global dalam teknologi diagnostik in-vitro (IVD), peranti perubatan dan sistem robotik perubatan...
MPHTJ HARUMKAN NAMA MELAKA, RAIH ANUGERAH ‘ASEAN CLEAN AIR FOR SMALL CITIES’
AYER KEROH 4 September - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sekali lagi mengharumkan nama Melaka apabila dinobatkan sebagai penerima...
PPSPM TAWAR BAUCAR EKSKLUSIF SEMPENA MELAKA LARUT MALAM
BANDARAYA MELAKA 4 September - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyediakan pelbagai baucar menarik bagi menghargai 1,000 pengunjung...
INDIVIDU DIDAKWA HINA PMX BUKAN KAKITANGAN MCORP
AYER KEROH 4 September - Perbadanan Melaka (MCORP) menafikan dakwaan kononnya individu mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk...
BEKAS JURULATIH SUKAN RUGI LEBIH RM800,000 DIPERDAYA “PHONE SCAM”
GEORGE TOWN 4 September - Seorang bekas jurulatih sukan di Pulau Pinang kerugian RM838,328 selepas terperdaya sindiket penipuan "phone scam",...
KANAK-KANAK ENAM TAHUN CEDERA DISERANG ANJING DI CHERAS
KUALA LUMPUR 4 September - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera digigit anjing ketika menunggang basikal di jalan berhampiran...