
Perkeso, Perhebat bantu Veteran ATM cari kerjaya kedua
AYER KEROH 29 September – Seramai 35 Veteran ATM Negeri Melaka menyertai Program Bimbingan Kerjaya Kedua Bermajikan 1.0 di Wisma Perkeso Melaka, di sini, semalam.
Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Negeri Melaka itu diadakan bertujuan membantu Veteran ATM yang mencari kerjaya kedua melalui sistem MyFutureJobs Perkeso.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah tatacara dan tip persediaan untuk sesi temuduga (Grooming Kerjaya), pembikinan resume yang ideal dan taklimat skim manfaat Perkeso untuk pencari kerja.
Selain itu, peserta turut dibantu mendaftar dalam MyFutureJobs dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

Program itu turut dihadiri Pengarah Perkeso Melaka Abdul Razak Omar dan Pengurus Perhebat Negeri Melaka, Kapten (B) Mohamad Anas Emran.
Hadir sama, Penolong Penyelaras Program Pasca Latihan Peralihan dan Bimbingan Kerjaya Kedua Perhebat Negeri Melaka Leftenan (B) Muhammad Zulhusni Mehat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELAN DISIPLIN ANAK MELAKA AKAN DIWUJUDKAN – KM
AYER KEROH 13 Disember - Kerajaan Negeri bercadang membangunkan dasar dan pekeliling baharu pendidikan yang lebih komprehensif di bawah Pelan...
MELAKA BENTANG 10 RESOLUSI TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Disember - Sebanyak 10 resolusi dalam memeta hala tuju pendidikan negara akan dibawa Kerajaan Negeri menerusi penganjuran...
MELAKA BAWA RESOLUSI BENARKAN HUKUMAN ROTAN DI SEKOLAH
AYER KEROH 13 Disember - Mewujudkan seksyen khas bagi membenarkan hukuman rotan pelajar di sekolah menjadi antara 10 resolusi yang...
PROMOSI CUTI SEKOLAH DI MELAKA WONDERLAND, TIKET SERENDAH RM35!
AYER KEROH 13 Disember – Musim cuti sekolah Disember 2025 semakin dekat dan Melaka Wonderland Theme Park & Resort tidak...
RAIS TUNAI JANJI, REALISASIKAN PUSAT PENJAJA DI TAMAN KRUBONG JAYA
PAYA RUMPUT 13 Disember - Impian penjaja di sekitar Taman Krubong Jaya untuk berniaga di sebuah tapak yang lebih selesa...
GENG RXZ DATANG MELAKA JANGAN BUAT DUA PERKARA INI
AYER KEROH 13 Disember - Polis Melaka mengingatkan peserta-peserta RXZ Members Ride Edition 3.0 di negeri ini agar tidak melakukan...
