
Lorong Hong Kong Jasin bakal dimodenkan
RIM 8 Oktober – Dua kawasan ‘hotspot’ di Jasin akan dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pelancong selain memastikan keselesaan dan keselamatan peniaga terus terjaga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata dua kawasan itu melibatkan Lorong Hong Kong dan Mee Lorong Jasin yang akan dimodenkan serta berwajah baharu.
“Alhamdulillah, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan mengesahkan bahawa dua daripada kawasan ‘hotspot’ di Jasin akan dinaik taraf.
“Usaha ini bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong yang datang di sini selain memastikan keselesaan dan keselamatan peniaga terus terjaga.
“Terima Kasih Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Sri Reezal Merican dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang akan memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Insya-Allah lebih banyak mercu tanda di Jasin khususnya di Rim akan dinaik taraf,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANGKAT SUNGAI MELAKA DESTINASI BERPRESTIJ SUKAN AIR
BANDA HILIR 28 Jun - Sungai Melaka terus membuktikan keupayaannya sebagai destinasi berprestij acara sukan air bertaraf antarabangsa apabila berjaya...
INDUSTRI NANAS MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 28 Jun - Industri nanas di Melaka terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila keluasan tanaman komoditi itu meningkat lebih...
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
MELAKA PERUNTUK RM4.41 JUTA PERKASA PROGRAM PEMULIHAN OKU
SERKAM 28 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM4.41 juta bagi menyokong pelaksanaan Program Pemulihan Dalam...
360 CALON SPM MELAKA NIKMATI TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN PERCUMA
MERLIMAU 28 Jun - Seramai 360 pelajar Tingkatan Lima di Melaka bakal menikmati tuisyen Matematik Tambahan secara percuma menerusi Program...


