Para Sukma: Melaka sasar 12 emas

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MELAKA meletakkan sasaran untuk membawa pulang 12 emas bagi penyertaan Para Sukan Malaysia (Sukma) dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 6 November depan depan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, kontinjen Negeri Melaka menghantar 96 peserta iaitu 64 atlet dan 32 pegawai.

Jelasnya, atlet Negeri Melaka akan berentap dalam lapan acara dengan skuad renang disasarkan akan membawa pulang lima emas dan masing-masing dua emas bagi boling dan catur.

“Selain itu kita turut mensasarkan satu emas bagi acara bandminton, olah raga dan ping pong pada temasya itu nanti. Jumlah pingat yang disasarkan itu saya yakin mampu dicapai atlet kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2022 diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini hari ini yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Ngwe Hee Sem, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Adun Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.

Terdahulu, Terdahulu, HSN Melaka yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula semalam menawarkan pelbagai aktivti sukan menarik buat orang ramai yang hadir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1605
Kongsi :
Previous post Bajet 2023: Prihatin, bantu rakyat di semua peringkat – Ab Rauf
Next post UMNO Melaka sedia hadapi PRU-15
Ubah saiz-+=