
Bunuh kawan: Penganggur berdepan hukuman mati
ALOR GAJAH 6 Okt. – Penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya dalam kejadian bulan lalu.
Tertuduh, A.S Sitambarasan hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Nurhasmanita Abdul Manap.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersama dua lagi individu yang masih bebas telah mencapai niat bersama melakukan bunuh ke atas Sua Chun Chai, 31.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh dihadapan sebuah bengkel kenderaan di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Pulau Sebang di sini, antara 14 hingga 17 September lalu.
Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.R Arthana, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 16 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat serta laporan kimia.
Views:
Related


Berita Lain
USAHAWAN BEG PAKU MELAKA DISARAN TEROKA PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 15 Oktober - Usahawan beg paku di Melaka disaran meneroka pasaran antarabangsa termasuk Singapura dan Australia dengan memanfaatkan...
MAJIKAN DI MELAKA BOLEH JIMAT FCLB 80 PERATUS SABTU INI
AYER KEROH 15 Oktober - Majikan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah...
PROJEK CENDAWAN KEM TERENDAK TERIMA PERUNTUKAN RM30,000
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Projek Urban Farming Cendawan yang sedang dilaksanakan di Kem Terendak menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM30,000...
KEUNTUNGAN PERNAMA DIKEMBALIKAN KEPADA WARGA ATM
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan akan mengehadkan keuntungan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) bagi memastikan manfaatnya dikembalikan kepada...
PERUNTUKAN PROGRAM EKONOMI MADANI ATM DITINGKATKAN KEPADA RM1.5 JUTA
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan (MINDEF) meningkatkan peruntukan Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada RM1 juta...
RM35,000 NAIK TARAF PRASARANA SRA JAIM KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 15 Oktober - Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI Lembaga Tabung Angkatan...
