3,149 graduan UTeM dirai pada konvokesyen ke-18

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

DURIAN TUNGGAL 1 November – Seramai 3,149 graduan akan diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-18 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-18 yang dijadual berlangsung pada 5 hingga 7 November ini.

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, konvokesyen selama enam sesi itu membabitkan graduan diploma, sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah doktor kejuruteraan dan ijazah doktor falsafah (PhD).

“Daripada jumlah graduan pada tahun ini, hampir 60 peratus merupakan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Sekali gus, mengangkat semula UTeM sebagai sebuah universiti yang melahirkan graduan TVET di Malaysia.

“Dan pada konvokesyen ini juga, sebanyak tiga Anugerah Khas akan disampaikan iaitu Anugerah Profesor Emeritus; Anugerah Ijazah Doktor Kehormat Kejuruteraan dan Anugerah Kehormat Doktor Teknologi Maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media dalam sidang media Majlis Konvokesyen Ke-18 UTeM di sini hari ini.

 

Mengulas lanjut, Massila turut memaklumkan menerusi majlis itu juga, dua waris akan mengambil skrol mewakili dua graduan yang telah meninggal dunia.

Pada masa sama, katanya, UTeM turut mengajak semua graduan, alumni dan orang ramai untuk menghadiri Festival Konvo Tuah 18 UTeM yang telah bermula sejak 29 Oktober lalu.

“Pelbagai acara dan aktiviti menarik yang dijadulkan untuk Festival Tuah 18 UTeM ini dan yang paling utama, kita mengadakan karnival kerjaya dengan kerjasama dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kira-kira 200 peluang pekerjaan yang disediakan menerusi karnival kerjaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4675
Kongsi :
Previous post Pesara maut, motosikal terbakar bergesel lori pasir
Next post PRU15: Senarai calon BN di Melaka
Ubah saiz-+=