
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor
KUALA LUMPUR, 7 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula esok hingga Jumaat ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata kawasan terlibat adalah seluruh Kelantan dan Terengganu, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor membabitkan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Penumpuan angin timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,183 JEMAAH MELAKA TUNAI HAJI TAHUN INI
SERI NEGERI 27 April - Seramai 1,183 jemaah di Melaka terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Ketua Menteri...
SMK GHAFAR BABA SEKOLAH PERINTIS DOMAIN E-EMEL @MELAKA.MY
SERI NEGERI 27 April - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah bakal menjadi sekolah perintis kepada penggunaan domain...
BANTUAN ‘ONE-OFF’ RM300 KEPADA PEKEBUN KECIL BERDAFTAR DI BAWAH FAMA MELAKA
SERI NEGERI 27 April - Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan RM300 secara 'one-off' buat petani dan pekebun kecil yang berdaftar di...
KRISIS TENAGA: MELAKA PERKENAL SUBSIDI KOS BAJAK RM30 PER EKAR
SERI NEGERI 27 April - Subsidi kos bajak pada kadar RM30 bagi setiap ekar diharap dapat membantu pesawah di negeri...
LEBIH 90,000 ANAK MELAKA TERIMA MANFAAT BANTUAN PENDIDIKAN
SERI NEGERI 27 April - Lebih 90,000 anak Melaka menerima manfaat menerusi pelbagai bantuan pendidikan yang disediakan Kerajaan Negeri sepanjang...
MELAKA INDUSTRIAL BOOSTER PERCEPAT KELULUSAN 39 PROJEK BERNILAI RM400 JUTA
SERI NEGERI 27 April - Melaka Industrial Booster menjadi antara inisiatif Kerajaan Negeri yang memberi impak besar dalam menjadikan negeri...
