Mohd Ridhwan ikhlas berkhidmat, tidak harap jawatan

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

BUKIT KATIL 10 November – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali tidak menjangkakan untuk diberikan jawatan sekiranya berjaya merampas kembali parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jelas Mohd Ridhwan, apa yang diperkatakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap semasa perjumpaan bersama jentera BN Hang Tuah Jaya di Bangunan Pejabat UMNO di sini, petang tadi, adalah satu suntikan semangat kepada jentera parti.

Menurutnya, beliau berkhidmat secara ikhlas dan hanya mementingkan kemenangan BN pada 19 November ini.

“Secara jujur saya tidak menjangkakan soal jawatan seperti yang Pengerusi BN ucapkan tadi, saya bekerja ikhas dan hanya inginkan keyakinan pengundi untuk saya dapat berkhidmat di sini.

“Tapi jika diizinkan Allah dan itu yang dikehendakkan kepimpinan BN untuk Parlimen Hang Tuah Jaya, saya di sini akan membantu kepimpinan negara dalam tempoh reformasi atau transformasi ini, saya bersedia,” katanya ketika ditemui media di Bangunan Pejabat UMNO Bukit Katil, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di perkarangan Pejabat Bangunan UMNO Bukit Katil kira-kira jam 5.15 petang diiringi Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

photo1668080026
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) beramah mesra bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin (tengah) dan calon BN Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (kanan) di Bangunan Pejabat UMNO Hang Tuah Jaya, Bukit Katil, Melaka. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Mohd Ridhwan berkata beliau turut ingin mengembalikan kegemilangan Hang Tuah Jaya memandangkan BN mempunyai ‘track record’ yang baik di kawasan itu.

Meskipun begitu, ujarnya, ia bukanlah tiket selesa untuknya sebaliknya perlu mempamerkan mutu kerja cemerlang bagi menawan hati pengundi.

“Apa jua ‘track record’ ia adalah satu kelebihan untuk BN, namun kita tidak boleh selesa kerana rakyat di luar sana mahukan kita bekerja bersungguh-sungguh dengan apa yang kita hendak bawakan untuk masa hadapan.

“Saya percaya dalam tempoh kempen masyarakat ingin melihat bagaimana kita yakinkan mereka, perancangan hebat tanpa usaha tidak ke mana, kita mahukan usaha untuk merealisasikan perancangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2986
Kongsi :
Previous post MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap buruk waspada
Next post RTM-MYTV tandatangan persetujuan siaran penajaan Piala Dunia
Ubah saiz-+=