
Sukarelawan PMK ‘jenguk’ murid di luar bandar
ALOR GAJAH 15 Disember – Sukarelawan Politeknik Melaka (PMK) mempromosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada sekolah luar bandar menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh (SKSB), di sini, baru-baru ini.
Timbalan Pengarah PMK, Normala Salimin berkata program itu memberi peluang kepada pelajar PMK berkongsi kemahiran bersama murid-murid sekolah di luar bandar.

“Menerusi program ini pelajar boleh menggunakan kemahiran dipelajari selain mempromosikan PMK sebagai antara institusi yang berasaskan TVET.
“Antara aktiviti dilaksanakan pada program kali ini adalah pembinaan mercu tanda ‘I Love SKSB’ dan empat unit ‘planter box’ menggunakan teknik ikatan bata, projek seni mural dinding bangunan pra sekolah, projek tanaman hijau, membaik pulih bumbung sekolah serta pendawaian elektrik dalam bangunan,” katanya.
Program tersebut melibatkan 47 kakitangan dan 70 pelajar PMK terdiri daripada semua jabatan akademik, kakitangan Kolej Komuniti Selandar serta Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang menyumbang sebanyak 50 anak pokok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
