Syarikat konsesi M-WEZ wajib sediakan laporan FIA dan SIA

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 15 Disember – Semua projek pembangunan di bawah Pembangunan Zon Ekonomi Pesisiran Pantai Melaka (M-WEZ) diwajibkan untuk melaksanakan Penilaian Kesan Perikanan (FIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) sebelum kelulusan projek itu diperolehi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia bagi memastikan sumber pendapatan nelayan di kawasan sepanjang projek M-WEZ tidak terjejas.

Berikutan itu, katanya semua konsesi diwajibkan untuk menyediakan kedua-dua laporan itu sebelum projek pembangunan di bawah M-WEZ diluluskan.

“Selagi tidak ada kelulusan di bawah FIA dan SIA, projek itu tidak akan dilaksanakan sama sekali,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan pengangguhan sempenan perbahasan usul bajet negeri Melaka pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, pihak M-WEZ juga diarahkan untuk menyediakan kajian menyeluruh mengenai kesan projek tambakan laut ke atas nelayan negeri ini.

“Cadangan juga turut dilakukan untuk penyelesaian (masalah tambakan laut kepada nelayan) Kajian ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1539
Kongsi :
Previous post Sukarelawan PMK ‘jenguk’ murid di luar bandar
Next post Keputusan, penyata pengundian PRU15, PRK DUN Bugaya diwartakan – SPR
Ubah saiz-+=