
Runtuhan tanah batang kali libatkan 450,000 meter padu tanah
BATANG KALI, 16 Dis – Cerapan awal mendapati runtuhan tanah awal pagi tadi berpunca daripada kegagalan cerun tambakan berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata runtuhan tanah melibatkan sebanyak 450,000 meter padu tanah.
Beliau berkata dimensi tanah runtuh di kawasan berkenaan melibatkan kawasan sepanjang 500 meter, 200 meter lebar dan sedalam lapan meter.
“Jabatan Mineral dan Geosains akan mengawasi kawasan ini dan akan memberi amaran sekiranya terdapat sebarang pergerakan tanah di lokasi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pada itu Nik Nazmi turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan risiko tanah runtuh terutama pada musim Monsun Timur Laut ketika ini.
Setakat 1 tengah hari tadi, polis mengesahkan seramai 16 orang terkorban dalam tragedi yang berlaku pada awal pagi itu manakala 17 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:


Berita Lain
IMBASAN SEPANTAS 0.23 SAAT, PUTRA SPECIALIST HOSPITAL PACU ERA DIAGNOSTIK BAHARU
BANDARAYA MELAKA 27 November - Keupayaan pemeriksaan diagnostik Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka kini meningkat sehingga 40 kes sehari berbanding...
3 AGENDA STRATEGIK PERKUKUH PSH SEBAGAI HOSPITAL DIYAKINI
BANDARAYA MELAKA 27 November - Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka perlu memperkukuh kapasiti perubatan, memperluas kerjasama strategik serta meningkatkan standard...
MELAKA PERSIAPKAN TENAGA KERJA MASA HADAPAN
SERI NEGERI 27 November - Penguasaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), pengurusan data raya (big data) dan automasi menjadi...
MAIM TAJA KAKITANGAN TUNAI UMRAH SEJAK 2011 TANDA PENGHARGAAN
PENGKALAN BATU 27 November - Hampir 70 kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima manfaat tajaan menunaikan ibadah umrah sejak...
MELAKA TAMPUNG CARUMAN PERKESO, HARGAI PERANAN PENGAYUH BECA
DUYONG 27 November - Lebih 300 pengayuh beca di Melaka menerima manfaat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditanggung sepenuhnya oleh...
MELAKA CATAT TAHAP RASUAH TERENDAH, INTEGRITI TERUS DIPERKASA
BANDA HILIR 27 November - Melaka mencatatkan tahap perlakuan rasuah terendah di negara ini berdasarkan Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam...
