
Runtuhan tanah batang kali libatkan 450,000 meter padu tanah
BATANG KALI, 16 Dis – Cerapan awal mendapati runtuhan tanah awal pagi tadi berpunca daripada kegagalan cerun tambakan berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata runtuhan tanah melibatkan sebanyak 450,000 meter padu tanah.
Beliau berkata dimensi tanah runtuh di kawasan berkenaan melibatkan kawasan sepanjang 500 meter, 200 meter lebar dan sedalam lapan meter.
“Jabatan Mineral dan Geosains akan mengawasi kawasan ini dan akan memberi amaran sekiranya terdapat sebarang pergerakan tanah di lokasi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pada itu Nik Nazmi turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan risiko tanah runtuh terutama pada musim Monsun Timur Laut ketika ini.
Setakat 1 tengah hari tadi, polis mengesahkan seramai 16 orang terkorban dalam tragedi yang berlaku pada awal pagi itu manakala 17 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: LEBIH 60 PERATUS ADUAN RAKYAT TANGGA BATU SELESAI
PAYA RUMPUT 9 Ogos – Sebanyak lebih 60 peratus atau bersamaan 343 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat...
‘RUNDING SECARA BIJAKSANA, BUKAN MELALUI MEDIA SOSIAL’
PAYA RUMPUT 8 Ogos – Semua parti politik yang mahu bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disaran berunding secara...
PAPAZOLA ‘HALAL DI HATIKU’ GAMATKAN MIHF’26
Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad AYER KEROH 8 Ogos – Lebih 50 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun mengambil bahagian dalam...
MIHF’26 BUKA LALUAN USAHAWAN TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 8 Ogos - Melaka International Halal Festival 2026 (MIHF'26) menjadi platform strategik kepada usahawan tempatan dan antarabangsa untuk...
‘BERMODALKAN’ KEMAHIRAN, ANAS BINA EMPAYAR PENYAMAN UDARA
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Bermodalkan kemahiran teknikal dan keberanian mencuba, Muhammad Hanaffi Saleh, 35, atau mesra dengan panggilan Anas...
MANFAAT RAKYAT JADI ‘SCORECARD’ SEBENAR MELAKA
AYER KEROH 8 Ogos - Kejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian di atas kertas...
