
Lima gerai medan selera di Bukit Baru musnah
DUYONG 9 Januari – Beberapa pelanggan dan pengusaha sebuah medan selera di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru berdepan detik cemas apabila lima gerai di premis itu tiba-tiba terbakar, di sini, malam tadi.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 11.30 malam, sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil bergegas ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Mohamad Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 malam sebelum 17 anggota ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi bomba mendapati benar terdapat kebakaran sebelum operasi pemadaman dijalankan dan ia turut mendapat bantuan jentera dari BBP Ayer Keroh.
“Selepas lebih sejam, operasi dijalankan kebakaran dapat dipadamkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.15 pagi.
“Sebanyak lima buah gerai telah terbakar,” katanya.
Menurutnya, anggaran kebakaran membabitkan kira-kira 30 peratus dari keseluruhan keluasan medan selera terbabit.
“Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian pengusaha dan pelanggan dilaporkan berjaya menyelamatkan diri.
“Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan selain pasukan forensik bomba sudah ke lokasi bagi menjalankan siasatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PORTUGAL IKTIRAF MELAKA NEGERI UNIK, KAYA KEPELBAGAIAN BUDAYA
AYER KEROH 21 Januari - Portugal mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri unik yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan etnik. Ia...
‘PARKLAND AVENUE BY THE SEA’ BANGUNAN IKONIK MELAKA DENGAN ‘SKY GARDEN’ TERTINGGI
KOTA LAKSAMANA 21 Januari – Parkland Avenue By The Sea merupakan projek pembangunan bersepadu terbesar dan ikonik di Bandaraya Melaka...
BEKAS PTD DAN ISTERI AKAN DIDAKWA ESOK, BEKAS PAT PADA JUMAAT
KUALA LUMPUR, 21 Jan - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Hafizuddeain Jantan dan isterinya Salwani Anuar akan didakwa...
MAIM BUKA RUANG, PELUANG USAHAWAN RIQAB TINGKAT TARAF HIDUP
JASIN 21 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan penting dalam agenda pemerkasaan ekonomi asnaf menerusi pelbagai...
PERJUANGAN 13 TAHUN PELIHARA KETURUNAN BABA NYONYA DIIKTIRAF JPN
AYER KEROH 21 Januari - Lega dan amat menggembirakan, itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan kegirangan komuniti Baba Nyonya apabila perjuangan...
TERPEDAYA TAWARAN BAIKI MESIN BASUH, OPERATOR KILANG RUGI HAMPIR RM9,000
AYER KEROH 21 Januari - Seorang operator kilang wanita kerugian hampir RM9,000 selepas dipercayai terpedaya dengan tawaran membaiki mesin basuh...
