
Pekerja bengkel maut motosikal bertembung kereta
MASJID TANAH 12 Januari – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Paya Rumput, Masjid Tanah, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Othman Abd Ghani, 41, yang menunggang motosikal jenis Benelli meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, kaki dan tangan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan seorang pekerja bengkel sedang dalam perjalanan dari Masjid Tanah menghala ke Lubok China.
Katanya, ketika melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan telah melanggar belakang sebuah kereta di laluannya sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
“Motosikal dipandu mangsa kemudiannya bertembung dengan kereta dipandu wanita berusia 30 tahun yang juga guru sekolah rendah agama.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah dan permohonan telah dikeluarkan untuk proses pembedahan bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HARI KEBANGSAAN: 13 PRODUK PELANCONGAN MELAKA PERCUMA UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka bukan hanya tertumpu kepada acara kemerdekaan, malah rakyat Malaysia...
KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA JADI PENTAS SUARA, BAKAT DAN MASA DEPAN
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 bukan sekadar medan hiburan dan perhimpunan golongan muda, sebaliknya...
HARI KEBANGSAAN MELAKA: KARNIVAL CIMIC DEKATKAN RAKYAT DENGAN TENTERA
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal tampil lebih gah apabila Kerajaan Negeri dengan...
HARI KEBANGSAAN MELAKA: 5,000 PARKIR, ‘SHUTTLE BUS’ MUDAHKAN PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Kerajaan Negeri Melaka menyediakan hampir 5,000 lot parkir awam di 11 lokasi sekitar Klebang bagi...
MELAKA SAMBUT MERDEKA TEPI LAUT, 3 KAPAL PERANG TLDM ‘BERLABUH’
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka tahun ini tampil lebih istimewa apabila tiga kapal...
KOMPLEKS IKAN BAKAR BERKONSEP EROPAH ADA DI TELOK MAS
TELOK MAS 21 Ogos - Industri pelancongan berasaskan makanan terus diperkasakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila Medan...

