MBMB teliti, siasat aduan rumah retak

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TENGKERA 12 Januari – Aduan mengenai beberapa rumah retak didakwa berpunca daripada pembinaan projek pangsapuri baharu berhampiran Kampung Pantai Tengkera I dan II mendapat perhatian Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, pihaknya kini sedang meneliti dan menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.

Beliau berkata, siasatan itu akan menjurus kepada kerja-kerja teknikal termasuk meneliti prosedur penanaman cerucuk besi dan kaedah yang diguna pakai.

“Mesyuarat berhubung kes itu kita akan lakukan petang ini (semalam) bagi mendapatkan maklumat mengenai projek yang didakwa dan saya sedang mendapatkan dokumen semula kelulusan termasuklah pelan rancangan bangunan dan kerja tanah dilakukan.

“Ini kerana kebiasaan kita akan letakkan syarat-syarat berhubung kerja-kerja penanaman cerucuk mengikut kaedah yang sesuai.

“Kita juga perlu lihat apa yang membuatkan rumah itu retak, mungkin disebabkan oleh pergerakan tanah atau perkara lain. Malah saya jangkakan siasatan ini agak rumit kerana banyak perkara perlu diteliti termasuk apa yang ada di antara tapak pembinaan dan rumah penduduk,” katanya.

photo1673414583
DATUK Bandar MBMB Datuk Zainal Abu. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut beliau, selepas siasatan dilakukan dan jika didapati kerosakan tersebut sememangnya berpunca daripada projek perumahan itu, pihak pemaju akan diminta bertanggungjawab.

“Sekiranya didapati keretakan yang didakwa itu disebabkan oleh projek terbabit, mestilah mereka perlu bertanggungjawab serta memberikan pampasan kepada yang terlibat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2614
Kongsi :
Previous post Ambil dadah, lelaki dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan
Next post Pekerja bengkel maut motosikal bertembung kereta
Ubah saiz-+=