
Pekerja bengkel maut motosikal bertembung kereta
MASJID TANAH 12 Januari – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Paya Rumput, Masjid Tanah, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Othman Abd Ghani, 41, yang menunggang motosikal jenis Benelli meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, kaki dan tangan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan seorang pekerja bengkel sedang dalam perjalanan dari Masjid Tanah menghala ke Lubok China.
Katanya, ketika melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan telah melanggar belakang sebuah kereta di laluannya sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
“Motosikal dipandu mangsa kemudiannya bertembung dengan kereta dipandu wanita berusia 30 tahun yang juga guru sekolah rendah agama.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah dan permohonan telah dikeluarkan untuk proses pembedahan bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026: 30 ACARA RANCAKKAN 3 DAERAH
AYER KEROH 1 Julai - Sebanyak 30 acara berbentuk sukan, rekreasi, warisan dan kebudayaan mewarnai Festival Sungai Melaka 2026 yang...
16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...

