Perhimpunan Agung Khas UMNO lulus dua pindaan perlembagaan parti

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan dua pindaan perlembagaan parti termasuk membabitkan ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya gugur keahlian dengan sendirinya.

Pindaan yang melibatkan Fasal 20.11 itu untuk disesuaikan dengan peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti sebagaimana Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dikuatkuasakan mulai 5 Okt lepas.

Pindaan lain yang diluluskan ialah meletakkan ketua penerangan bahagian sebagai mereka yang automatik menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun, melibatkan pindaan pada Fasal 8.4.

Kelulusan kedua-dua pindaan tersebut disahkan Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin yang menyatakan pindaan tersebut lulus dengan lebih suara bersetuju.

Terdahulu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membentangkan pindaan tersebut berkata ia dipinda bagi memastikan peruntukan oleh parti bersifat terkini dan selari dan peruntukan semasa dan undang-undang negara.

Perhimpunan agung kali ini melibatkan 2,648 perwakilan dan 174 pemerhati, iaitu ketua penerangan bahagian, menjadikan jumlahnya 2,822 orang.

— BERNAMA

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2436
Kongsi :
Previous post KPKT tekad musnah, bersihkan 100 tapak pelupusan sampah haram
Next post PLUS tambah 12 lorong RFID, kurangkan kesesakan di Plaza Tol – Nanta
Ubah saiz-+=