
KPKT tekad musnah, bersihkan 100 tapak pelupusan sampah haram
KUALA LUMPUR, 13 Jan – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertekad untuk merobohkan dan membersihkan sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan haram di seluruh negara dalam tempoh 100 hari pertama kerajaan perpaduan berkuasa.
Menterinya Nga Kor Ming berkata langkah itu akan menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi kementerian untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
“Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan ini (melupuskan sampah secara haram),” katanya dalam catatan di tweet hari ini.
Pada hari Rabu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan dilaporkan berkata ia akan memperhebat penguatkuasaan terhadap pelupusan haram sisa pembinaan dan sampah di bandar raya.
Pengarahnya Ummi Kalthum Shuib berkata tahun lepas 42 “hotspots” tempat pelupusan sampah secara haram dilaporkan, dengan 29 daripadanya adalah kawasan hotspots untuk pelupusan sisa buangan sektor pembinaan.
Jumlah hotspots juga meningkat daripada 32 pada 2021.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI KEBANGSAAN MELAKA: 5,000 PARKIR, ‘SHUTTLE BUS’ MUDAHKAN PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Kerajaan Negeri Melaka menyediakan hampir 5,000 lot parkir awam di 11 lokasi sekitar Klebang bagi...
MELAKA SAMBUT MERDEKA TEPI LAUT, 3 KAPAL PERANG TLDM ‘BERLABUH’
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka tahun ini tampil lebih istimewa apabila tiga kapal...
KOMPLEKS IKAN BAKAR BERKONSEP EROPAH ADA DI TELOK MAS
TELOK MAS 21 Ogos - Industri pelancongan berasaskan makanan terus diperkasakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila Medan...
MELAKA SASAR TUBUH MAHKAMAH UTAMA SYARIAH 2027
AYER KEROH 21 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM6 juta bagi memperkasakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka, termasuk usaha memperkukuh...
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
