
Guru besar hilang wang bantuan awal persekolahan RM109,000 selepas tingkap kereta dipecah
KUALA LUMPUR, 17 Jan – Seorang guru besar kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya, di Semenyih dekat sini tengah hari tadi (semalam).
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 12.17 tengah hari, daripada lelaki berusia 50 tahun itu.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah mengeluarkan wang berkenaan daripada sebuah bank di Kampung Baru Semenyih kira-kira 10 pagi dan memasukkannya di dalam sebuah beg. Mangsa kemudian meletakkan beg berkenaan di tempat duduk penumpang hadapan keretanya,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Mohd Zaid berkata mangsa yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Semenyih, kemudian meninggalkan keretanya dan pergi ke kedai makan untuk membeli minuman.
Namun sekembalinya ke kereta, mangsa mendapati tingkap di bahagian kanan penumpang belakang telah dipecahkan dan beg yang berisi wang telah dicuri.
Mohd Zaid berkata usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TAHUN BAHARU CINA: ETS SEDIA 12 TRIP LALUAN JB-KL-JB DI STESEN BATANG MELAKA
ASAHAN 12 Februari - Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menambah enam lagi trip perjalanan menjadikan 12 trip keseluruhan sempena musim perayaan...
MPHTJ RAIH 27 ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2025
AYER KEROH 12 Februari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima Anugerah Khas sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) 'Paling...
PASAR MALAM TAMAN RAMBAI UTAMA KEKAL JADI TUMPUAN SELEPAS DUA DEKAD
PAYA RUMPUT 12 Februari - Selepas dua dekad Pasar Malam Taman Rambai Utama, masih menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk mendapatkan...
HOHO CRUISE SUNGAI MELAKA PACU KONSEP ‘PAY LESS SEE MORE’
DUYONG 12 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkukuh kerjasama strategik bersama pemain industri pelancongan di negeri...
MTD PROPERTIES RAI PEMILIK BAHARU RUMAH MAMPU MILIK BERKUALITI TINGGI DI AYER KEROH
AYER KEROH 12 Februari – MTD Properties meraikan kejayaan projek perumahan MTD Cinerea Heights dengan penyerahan kunci rumah (Vacant Possession)...
PERCUTIAN NOSTALGIA RUMAH KAMPUNG TENGAH BANDAR
KOTA LAKSAMANA 12 Februari - Mahu merasai pengalaman bercuti sambil mengimbau nostalgia menginap di rumah tradisional, namun mahukan lokasinya berada...

