Dua lelaki ditahan bawa petrol tanpa kebenaran
SHAH ALAM, 17 Jan – Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot penumpang kerana membawa barang kawalan tanpa kebenaran disyaki minyak petrol di kedudukan 0.2 batu nautika utara Pulau Indah, Klang, 11.45 pagi, semalam.
Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata hasil pemeriksaan awal mendapati ia didaftarkan untuk membawa penumpang dan dikendalikan oleh dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 46 dan 49 tahun.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 26 tong jenis jerry can’mengandungi 640 liter cecair disyaki minyak petrol dianggarkan berharga RM 1,312 yang diletakkan di bahagian belakang bot tersebut.
“Siasatan awal ke atas kru bot mendapati, mereka membeli minyak dari stesen minyak di Pelabuhan Klang dan ingin menuju ke Pulau Ketam. Kesemua barangan berserta bot dan kru ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Siva Kumar berkata kes berkenaan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan lesen bot dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa kebenaran.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ATLET TAEKWANDO TERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UTEM
DURIAN TUNGGAL 9 November - Leftenan Muda KOR SISPA (Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam), Fakhirah Hazirah Shahrulazhar, menerima Anugerah Pelajaran...
MELAKA BANTU PRODUK USAHAWAN TEMBUSI PASAR RAYA, STESEN MINYAK
BANDARAYA MELAKA 9 November - Penganjuran Festival Melaka 2024 selama empat hari bermula 7 November lalu terbukti menjadi antara inisiatif...
ORANG KAMPUNG ASAHAN KONGSI ILMU, GAYA HIDUP
ASAHAN 9 November - Penduduk kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan berkongsi ilmu dan gaya hidup masyarakat kampung bersama pihak...
MELAKA-YOGYAKARTA JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN, KEAGAMAAN
AYER KEROH 9 November - Jalinan kerjasama dalam pembangunan pendidikan dan keagamaan menjadi antara misi Kerajaan Melaka dalam lawatan kerja...
BANK PEMBANGUNAN KONGSI KEMERIAHAN DEEPAVALI
AYER KEROH 9 November - Atas semangat mahu berkongsi kegembiraan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) turun padang bagi menyantuni dan...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL TAWAR PAKEJ MENARIK SEMPENA WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 9 November - Putra Specialist Hospital (PSH) bakal menawarkan pakej menarik bagi sektor pelancongan kesihatan sempena World Tourism...