
Dua rentung treler terbakar di Lebuhraya Plus Seremban – Port Dickson
SEREMBAN, 20 Jan – Pemandu dan penumpang sebuah treler rentung akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki terlanggar penghadang jalan sebelum terbakar di Kilometer (km) 259.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, berhampiran susur masuk Plaza Tol Seremban-Port Dickson, dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, identiti kedua-dua mangsa yang menaiki treler jenis Volvo membawa muatan biji plastik itu masih belum dapat dikenal pasti.
“Siasatan awal mendapati treler yang dalam perjalanan dari Klang menuju ke Senawang itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan, sebelum melanggar penghadang jalan serta terbakar sepenuhnya. Kesesakan kira-kira 6km berlaku akibat insiden berkenaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat, katanya.
Nanda berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DILEMA TUKANG BOT, MENCARI ‘TANGAN BAHARU’ PENYAMBUNG LEGASI
SERKAM 24 Oktober - Di sebalik bot nelayan yang berulang-alik ke laut, terdapat kemahiran membaiki badan bot, memasang gentian kaca...
TUMINAH BERI BAYANGAN MAHU PERTAHAN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim memberi bayangan...
PRN MELAKA: ‘TAK BERTANDING TAK APA, YANG PENTING BN MENANG’ – DR. AKMAL
JASIN 24 Oktober - Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan kesediaannya menerima apa juga keputusan pucuk...
PRN MELAKA: AB RAUF MAHU BN-PAS BERGERAK SEIRING, JANGAN ADA DUSTA
JASIN 24 Oktober - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 perlu diterjemahkan...
PRN MELAKA: BN SASAR TAMBAH DUA HINGGA TIGA – AB RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan penambahan dua hingga tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
LIMA DUN PARLIMEN JASIN MESTI KEMBALI KE PANGKUAN BN – TOK RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk merampas semula kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen...
