Agensi terlibat segera atasi masalah runtuhan cerun – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 27 Januari – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengadakan lawatan mengejut di kawasan projek pembangunan dan runtuhan cerun berhampiran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Susulan insiden runtuhan cerun di kawasan itu, beliau mengarahkan agensi terlibat mengambil tindakan segera bagi mengatasi permasalahan yang berlaku terutama membabitkan penduduk setempat di kawasan itu.

Katanya, tindakan segera kepada agensi terlibat termasuk Jabatan Kerjaya Raya (JKR) Melaka, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku di kawasan itu.

“Pagi ini, saya meninjau kawasan runtuhan cerun di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Ayer Keroh dan diberikan taklimat oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka, Datuk Ir. Ismail Abdul Rahman dan pasukannya.

“Seterusnya, saya turut meninjau projek pembangunan swasta berhampiran tangki air milik @Syarikat Air Melaka Berhad SAMB di Taman Muzaffar Syah, Ayer Keroh dan mendengar rayuan serta aduan dibangkitkan penduduk setempat.

“Saya mahukan apa yang telah saya arahkan sebentar tadi, dapat diambil tindakan segera untuk diselesaikan demi untuk kepentingan semua pihak,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya.

Hadir sama Ir. Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Abd Rashid Abd Rahman dan Setiausaha MPHTJ, Rohaya Abdullah.

Sulaiman berkata, beliau akan kerap turun padang ke projek pembangunan di negeri secara mengejut di seluruh Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1517
Kongsi :
Previous post Tiga sekeluarga ditahan disyaki edar ganja, heroin
Next post APMM tahan bot nelayan tempatan dikendalikan enam warga Myanmar
Ubah saiz-+=