
Pesawat ringan mendarat cemas di kawasan kilang
MERLIMAU 14 Februari – Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di perkarangan sebuah kilang kaca di Lipat Kajang, di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.
“Kira-kira jam 11.20 pagi, polis menerima maklumat daripada orang awam yang juga pekerja kilang memaklumkan terdapat kapal terbang ringan mendarat cemas di kawasan lapang kilang itu.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, pesawat itu milik Malaysian Flying Academy dan ia pesawat untuk latihan.
“Ketika kejadian pesawat itu dikenali oleh juruterbang bersama pelatih penerbangan. Bagaimanapun dimaklumkan kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, pengurus Pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), memaklumkan siasatan akan dijalankan oleh Badan Siasatan Kemalangan (MOT).
“Susulan itu siasatan oleh pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak diperlukan,” katanya.
Sementara itu, CAAM menerusi kenyataan media turut mengesahkan kejadian itu dengan memaklumkan, ia disebabkan masalah teknikal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
DANA ZAKAT SOKONG USAHA PEMULIHAN ‘ASNAF RIQAB’ – MAIM
MERLIMAU 28 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mahu dana zakat dimanfaatkan bukan sekadar untuk bantuan, tetapi turut membina...
RM1.1 JUTA BINA, BAIK PULIH 31 RUMAH WARGA SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan bagi pembinaan lapan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih 23 rumah di...
JELAJAH KETUA MENTERI BUKAN SEKADAR SINGGAH, BAWA SINAR BUAT RAKYAT SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Daripada rumah yang uzur kepada anak-anak yang mengejar cita-cita, pelbagai denyut nadi rakyat Serkam menjadi perhatian...
KHIDMAT UNTUK RAKYAT TIDAK BERNOKTAH, TIDAK KIRA MUSIM – KM
SERKAM 27 Ogos - Khidmat Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyat tidak pernah bernoktah dan tidak dilaksanakan mengikut musim, tegas Ketua...
BN MELAKA KEKAL PENDIRIAN PERTAHAN 21 KERUSI – AB RAUF
GADEK 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
