
Dua lelaki ragut wanita hingga cedera ditahan
KOTA BHARU, 27 Februari – Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 39 tahun kerana terlibat dalam kejadian ragut seorang wanita sehingga mangsa mengalami luka kecil di lengan dan tangan kiri di Jalan Kelochor di sini pada 16 Feb lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.
“Susulan penahanan suspek, polis merampas sebuah motosikal yang digunakan sewaktu kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, selain turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.
“Kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, video kejadian ragut itu tular dalam laman sosial dan pihak polis turut mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu yang mangsa wanita berusia 54 tahun dilihat berseorangan menunggang motosikal di Jalan Kelochor diragut dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal berwarna kuning sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10 SEKOLAH AGAMA MELAKA TERIMA SUMBANGAN KOMPUTER
PENGKALAN BATU 27 Oktober - Sebanyak 10 Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di negeri ini menerima...
JPJ MELAKA GANTUNG LESEN LAPAN SYARIKAT PENGENDALI BAS, LORI
MELAKA 29 Oktober - Sebanyak lapan syarikat pengendali bas dan lori di Melaka digantung lesen pengendali masing-masing selepas gagal mematuhi...
TUJUH TAHUN BERJUANG, ZARINA JADI SUMBER INSPIRASI PESAKIT KANSER PAYUDARA
DURIAN TUNGGAL 29 Oktober - Sebalik senyuman dan riak wajah yang ceria wanita ini menyembunyikan perjuangannya melawan kanser payudara sejak...
GALAK WANITA LAKUKAN SENDIRI PEMERIKSAAN SETIAP BULAN
DURIAN TUNGGAL 29 Oktober – Kaum hawa dinasihatkan supaya lebih peka terhadap kesihatan diri dengan melakukan sendiri pemeriksaan secara berkala...
MPHTJ DINOBATKAN BANDAR PALING MAMPAN
AYER KEROH 29 Oktober - Mencatatkan skor tertinggi sebanyak 98.67 peratus, sekali gus mengatasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain, Majlis...
MFS TECHNOLOGY TAMBAH KELUASAN KILANG, PERKUKUH OPERASI DI MELAKA
PENGKALAN BATU 29 Oktober - Didorong peningkatan permintaan global syarikat pengeluar produk elektronik antarabangsa MFS Technology (M) Sdn Bhd kini...
