
Wajar contohi JPKK Cheng Perdana, sumbang bantuan sekolah
PAYA RUMPUT 12 Mac – Seramai 20 pelajar dari golongan B40 di sekitar kawasan Cheng Perdana menerima sumbangan sekolah pada Program ‘Kembali Ke Sekolah’.
Program anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Cheng Perdana itu diadakan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bertam Jaya hari ini.
Exco Pendidikan,Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata penganjuran program itu wajar dicontohi JPKK kawasan lain dalam negeri ini.
Katanya, selain meringankan beban ibu bapa, bantuan seperti ini wajar dijadikan contoh dan diadakan di setiap KRT.
“Kerana dengan kerjasama antara JPKK dan KRT, mereka tahu keluarga yang benar-benar layak dan dipilih untuk diberi bantuan.
“Alhamdulillah,hari ini seramai 20 pelajar dari sekolah rendah dan menengah yang duduk sekitar kawasan ini dipilih untuk nenerima sumbangan awal persekolahan, harap dapat meringankan bebanan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program ‘Kembali Ke Sekolah’ di KRT Taman Bertam Jaya hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
