
‘Doktor’ jam Jalan Kee Ann
Oleh: Iqmal Haqim Rosman
BANDARAYA MELAKA 25 Mac – Siapa sangka walaupun sudah lebih tiga dekad bertapak, kedai jam yang terletak di Jalan Kee Ann, di sini, masih kekal hingga ke hari ini.
Kedai yang diusahakan seorang warga emas, Lai Loi Sin, 65 itu mula bertapak sejak tahun 1987.
Loi Sin boleh dianggap seperti ‘doktor’ jam dek kerana kemahirannya membaiki pelbagai jenis jam sejak usia muda.
Menariknya, selain perkhidmatan baik pulih, kedai itu turut mengumpul koleksi jam dan kalkulator lama yang dipamerkan di ruangan khas dalam kedai itu.

Difahamkan, kedai berkenaan merupakan antara kedai jam yang terkenal dalam kalangan penduduk di Melaka sejak zaman berzaman dek kerana kemahirannya membaiki pelbagai jenis jam pada harga yang berpatutan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HUFFAZ JUGA MAMPU JADI PERDANA MENTERI – AHMAD ZAHID
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Pelajar tahfiz tidak seharusnya dipandang rendah kerana golongan huffaz berpotensi menjadi profesional malah pemimpin tertinggi...
PRN MELAKA: BN KEKAL PADA JANJI, 7 KERUSI UNTUK PN
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) kekal dengan persetujuan asal menyerahkan tujuh kerusi yang tidak ditandinginya kepada Perikatan...
TOK AJAK RANCAKKAN PEMBANGUNAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 24 Oktober - Prihatin terhadap keperluan belia sekitar Padang Temu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
39 PERSIMPANGAN MELAKA DILENGKAPI LAMPU ISYARAT PINTAR
AYER KEROH 24 Oktober - Sebanyak 39 persimpangan strategik di Melaka dilengkapi sistem Lampu Isyarat Pintar (STL) sejak 2023 hingga...
DILEMA TUKANG BOT, MENCARI ‘TANGAN BAHARU’ PENYAMBUNG LEGASI
SERKAM 24 Oktober - Di sebalik bot nelayan yang berulang-alik ke laut, terdapat kemahiran membaiki badan bot, memasang gentian kaca...
TUMINAH BERI BAYANGAN MAHU PERTAHAN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim memberi bayangan...
