
Penemuan bangkai, rangka kucing: Polis buru suspek
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan telah pun membuka berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.
“Saya mengesahkan telah menerima laporan polis daripada pemilik rumah sewa berkenaan dan siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti suspek terlibat,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Semalam Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Perbuatan itu terbongkar selepas jiran-jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.
Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara berkenaan. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI TAMPIL LEBIH ‘SEGAR’, DIBUKA SEMULA 1 OGOS
BANDA HILIR 31 Julai - Selepas hampir sebulan ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan tahunan, Menara Taming Sari dijangka kembali beroperasi pada...
MELAKA SOKONG DASAR PELUANG KEDUA INSOLVENSI
AYER KEROH 31 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam memperluas kesedaran, memperkasakan penyampaian...
DUN PAYA RUMPUT REKOD PENYELESAIAN TERTINGGI ISU PERUMAHAN RAKYAT
PAYA RUMPUT 31 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput merekodkan antara kawasan penyelesaian tertinggi bagi isu perumahan rakyat...
MELAKA PERUNTUK RM850,000 PERKASA GOLONGAN OKU
DUYONG 31 Julai – Sebanyak RM850,000 diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Pemberdayaan Golongan Sasar bagi memperkasa komuniti orang kurang...
MELAKA TAMBAH DUA LAGI PUSAT TERAPI OKU, OPERASI BERMULA SEPTEMBER
DUYONG 31 Julai – Kerajaan Negeri memperluaskan akses perkhidmatan terapi kepada golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi pembukaan dua pusat...
SUKAN OKU JADI GELANGGANG CUNGKIL BAKAT ATLET ISTIMEWA
DUYONG 31 Julai – Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, menjadi saksi semangat lebih 800 murid pendidikan khas, pelatih Pemulihan Dalam...
