
Ajal ketika lintas jalan untuk beli buah
TANGGA BATU 5 April – Seorang pesara maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan untuk membeli buah di Jalan Tangga Batu-Bukit Rambai, di sini, lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa Ab Razak Osman, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang melintas jalan menuju ke kedai buah-buahan di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu.
Katanya, ketika berada di tengah jalan, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R yang ditunggang pemuda berusia 25 tahun bersama seorang lagi pembonceng wanita berusia 20 tahun menghala ke Bukit Rambai tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.
“Akibat rempuhan itu, pejalan kaki telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan POL 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.
“Penunggang motosikal pula mengalami pendarahan dalam kepala dan kini dirawat di zon kuning Hospital Melaka manakala pemboncengnya hanya mengalami kecederaan ringan di bahu,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPR PAYA RUMPUT: LENGKAPKAN JANJI TOK RAIS, BAWA KHABAR GEMBIRA UNTUK ORANG PAYA RUMPUT
SUNGAI UDANG 10 Oktober - Projek Residensi Rakyat (PRR) Paya Rumput diumumkan pada Belanjawan 2027 bakal memberi manfaat kepada rakyat...
MeSRa TVET: MELAKA BINA BAKAT UNTUK INDUSTRI MASA DEPAN
AYER KEROH 10 Oktober - Kerajaan Negeri terus memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi pelbagai inisiatif...
55.5KG SISA DIKUTIP DI PULAU MELAKA, SWM PUPUK BUDAYA BERSIH
BANDA HILIR 10 Oktober - Sebanyak 55.5 kilogram sisa berjaya dikutip menerusi program Hari Pembersihan Sedunia (World Cleanup Day) 2026...
TIADA ZON BEBAS KENDERAAN, PENDAPATAN PENIAGA BOLEH TERJEJAS
BANDA HILIR 10 Oktober - Peniaga sekitar Bangunan Stadthuys mahu pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan diteruskan seperti biasa kerana membantu meningkatkan...
MELAKA TERUS PERKASA PELANCONGAN SUKAN, LUAR BANDAR
RIM 10 Oktober - Pengalaman bercuti sambil menikmati keunikan alam di kawasan desa menjadi kekuatan bagi Melaka untuk menggamit lebih...
MELAKA INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE JAMBOREE TARIK 1,000 PENYERTAAN TERMASUK WAKIL 10 NEGARA LUAR
RIM 10 Oktober - Pertandingan sukan basikal lasak di Taman Ekstrem Tasik Chin Chin, Jasin semakin semakin mendapat sambutan termasuk...
