
COVID-19: JKNK akan saring pemandu bas, lori dari zon merah
KOTA BHARU 23 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan bekerjasama dengan syarikat pengangkutan bas dan lori di Kelantan, bagi menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap pemandu mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke zon merah.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata ini merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.
Beliau berkata langkah itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan kesemua pemandu akan disaring khususnya mereka yang memasuki negeri ini dari kawasan zon merah COVID-19 seperti di Selangor.
“Selain syarikat bas, JKNK juga mengatur pertemuan dengan syarikat pengangkutan seperti lori bagi tujuan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelasnya lagi, kakitangan JKNK sendiri akan menjalankan ujian saringan terhadap pemandu bas dan lori terlibat di tempat syarikat mereka bekerja.
Mengenai perkembangan COVID-19 di Kelantan, Dr Zaini berkata setakat ini, tujuh individu termasuk dua wanita dikesan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan di dua hospital di negeri itu.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan adalah 178 kes sejak Mac lalu hingga semalam,” tambahnya.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...
