
Warga emas maut dalam perjalanan pulang ke rumah
AYER KEROH 14 April – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Lereh, di sini, jam 7.50 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa dikenali sebagai Ismail Ibrahim, 64, disahkan maut dilokasi kemalangan.
Christopher berkata, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Tangga Batu menghala ke Klebang manakala lori tangki pula dari arah bertentangan.
“Setibanya dilokasi kejadian motosikal mangsa didakwa tiba-tiba terjatuh dan lori tangki dari arah bertentangan tidak sempat mengelak.
“Kami difahamkan semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klebang,” katanya.
Menurutnya mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.
“Susulan kemalangan itu, keterangan pemandu lori berusia 56 tahun sudah diambil bagi melengkapkan siasatan.
“Kedua-dua kenderaan ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU JUARA KESELURUHAN SUKAN PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 7 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau muncul juara keseluruhan Sukan Piala Ketua UMNO Bahagian Masjid...
LEBIH 3,000 MERIAHKAN ‘KENDURIAN’ PARLIMEN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 6 Julai - Kenduri durian atau 'kendurian' berlangsung di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah,...
MELAKA RANCANG LALUAN BAHARU, TINGKAT KECEKAPAN JARINGAN LOGISTIK
TABOH NANING 6 Julai - Kerajaan Negeri merancang membina jaringan jalan baharu yang menghubungkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) ke...
WRUR SUNGAI RAMBAI: RM300,000 NAIK TARAF JETI NELAYAN DARAT
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Komuniti nelayan di Sungai Rambai bakal menikmati kemudahan infrastruktur lebih selesa apabila sebuah jeti nelayan...
KEBERSIHAN PASAR AWAM MELAKA MEMUASKAN
BANDA HILIR 6 Jun - Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2026 antara usaha berterusan dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri...
MIP JADIKAN MELAKA SEBAGAI HAB LOGISTIK STRATEGIK KORIDOR SELATAN
GADEK 6 Julai - Pembangunan Melaka Inland Port atau Pelabuhan Darat Melaka (MIP) dijangka mengubah landskap dan meletakkan Melaka sebagai...
