Mahasiswa tidak terpinggir terima sumbangan Bakul Rahmah

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 14 April – Tersentuh dan rasa tanggungjawab terhadap nasib golongan kurang berkemampuan, Sukarelawan MADANI tampil menghulurkan Bakul Rahmah Mahasiswa.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan termasuklah mahasiswa.

“Hari ini sebanyak 30 kotak Bakul Rahmah Mahasiswa diserahkan kepada Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka untuk diedarkan kepada warga yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

“Setiap kotak itu mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, sardin, tepung dan beberapa barangan lain,” katanya.

Menurutnya, inisiatif pemberian bakul makanan itu sudah lama dilakukan pihaknya yang prihatin dengan keadaan rakyat.

“Ia merupakan kesinambungan kepada amalan biasa pemberian bakul makanan yang sudah dilaksanakan sejak saya bergelar Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya lagi.

“Dan kini diteruskan lagi bersama-sama dengan sukarelawan dibawah inisiatif Program Rahmah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Ujar Shamsul Iskandar, pihaknya turut menyeru kepada seluruh pemain industri termasuk korporat untuk sama-sama berganding bahu menyokong inisiatif Bakul Rahmah Mahasiswa agar dapat disebarluaskan ke seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1188
Kongsi :
Previous post Warga emas maut dalam perjalanan pulang ke rumah
Next post Tragedi beli persiapan raya
Ubah saiz-+=