
Ronaldinho disahkan positif COVID-19
ISTANBUL 26 Okt. – Bintang bola sepak Brazil Ronaldinho pada Ahad mengesahkannya dijangkiti COVID-19, lapor Agensi Anadolu.
“Saya menjalani ujian saringan dan didapati positif COVID-19. Saya baik-baik saja, tanpa gejala, tetapi mesti meninggalkan acara. Tidak lama lagi kita akan berjumpa semula,” kata Ronaldinho di Instagram.
Ronaldinho akan menjalani kuarantin kendiri di Belo Horizonte, ibu kota Minas Gerais di tenggara Brazil.
Beliau sudah menjaringkan 33 gol dalam 97 perlawanan untuk negaranya antara 1999 dan 2013.
Pemain berusia 40 tahun itu pernah dianugerahkan Ballon D’or pada 2005.
Beliau bersara daripada bola sepak profesional pada 2018.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
