
Mayat dalam tangki najis: Polis sedang kesan lapan suspek rakan serumah
SERI ISKANDAR, 21 Mei – Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai mangsa bunuh dalam sebuah tangki najis, di Kuala Kangsar pada 14 Mei lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua suspek merupakan warga Indonesia yang tinggal serumah dengan mangsa.
“Kita telah kenal pasti (suspek) dan kita sekarang sedang mengesan mereka bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dan tindakan selanjutnya.
“Jadi berilah masa kepada pihak berkuasa dan kami menjalankan siasatan dan mengesan suspek-suspek ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Perak Tahun 2023 di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Bota dekat sini malam tadi.
Pada 15 Mei, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata polis sedang mengesan pasangan suami isteri yang juga rakan serumah mangsa dipercayai telah melarikan diri, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: MIC HARAP KERUSI GADEK KEKAL
BANDA HILIR 7 Oktober - MIC berharap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek kekal menjadi milik parti itu pada Pilihan...
PRN MELAKA: SENARAI CALON BN SEDANG DITELITI
SERI NEGERI 7 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka telah menerima senarai nama calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
PRN MELAKA: BN KEKAL TANDING 21 DUN, RUNDING PERTUKARAN KERUSI
SERI NEGERI 7 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding di 21 kerusi pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: BN ELAK POLITIK JAHAT, KEBENCIAN DAN HASUTAN
SERI NEGERI 7 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka menyeru seluruh jenteranya mengelakkan kempen berunsur kebencian, hasutan, fitnah dan prasangka...
PRN MELAKA: SPR BUKA PERMOHONAN PEMERHATI PILIHAN RAYA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka peluang kepada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta mana-mana...
PRN MELAKA LIBATKAN KOS RM28.45 JUTA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Melaka dijangka melibatkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM28.45 juta. Pengerusi Suruhanjaya...
