
Sorakan penduduk gamat
GADEK 20 Jun – Sorakan penduduk menggamatkan suasana apabila hadir memberi sokongan pasukan Malaysia dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa Tier 1, menentang Papua New Guinea di Dataran Bandar Satelit Pulau Sebang, Alor Gajah, di sini malam tadi.
Kira-kira 500 penduduk memeriahkan Program Tayangan Big Screen Melaka 2023 diadakan bermula jam 6 petang tadi setelah memasuki siri kedua penganjuran itu.
Pelbagai acara menarik diadakan dalam program berkenaan antaranya perlawanan Mobile Legends eSports Challenge, PS5 FIFA 2023 Challenge, Dribbling Challenge, Penalty Shoot Out
dan Juggling Challenge.
Program itu telah dirasmikan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Khairul Adri Rosli serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘INI SATU AMANAH YANG DIGALAS PENUH IKHLAS, JUJUR’ – AB RAUF
SERI NEGERI 15 November - Pelantikan semula Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka disifatkan bukan...
MELAKA UMUM ISNIN CUTI KHAS
AYER KEROH 15 November - Kerajaan Negeri Melaka mengisytiharkan Isnin, 16 November sebagai cuti khas bagi seluruh negeri ini sempena...
SENGGUGUT TERUK, PENDARAHAN LUAR BIASA JANGAN ANGGAP NORMAL
KLEBANG 14 November - Senggugut teruk dan pendarahan haid luar biasa bukan keadaan normal yang boleh dipandang ringan, sebaliknya berkemungkinan...
AB RAUF ANGKAT SUMPAH KETUA MENTERI MELAKA
AYER KEROH 15 November - Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka...
AB RAUF HARGAI PERANAN MEDIA BANTU CALON PRN MELAKA
AYER KEROH 15 November - Sumbangan dan komitmen pasukan media yang membantu memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan...
KISAH KOMUNITI JAWA PERLU DIANGKAT DALAM SEJARAH MELAKA
BANDA HILIR 15 November - Sejarah dan sumbangan masyarakat Jawa dalam membentuk landskap budaya Melaka perlu didokumentasikan bagi memastikan warisan...
