
Kes COVID-19 di Jepun cecah 100,000
TOKYO 30 Okt. – Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Jepun meningkat 100,000 pada Khamis, disebabkan peningkatan kes baharu ekoran pembukaan semula aktiviti ekonomi, lapor agensi berita Kyodo.
Bilangan kes sehari yang dicatatkan di seluruh negara pada Khamis sebanyak 809 buat pertama kali melepasi angka 800 sejak 29 Ogos.
Jumlah keseluruhan itu merangkumi kira-kira 700 kes membabitkan kapal persiaran Diamond Princess, yang dikuarantin di Yokohama pada Februari. Terdapat lebih 1,700 kematian sehingga kini.
Jangkitan memuncak pada Ogos sekitar 1,600 kes dan sejak itu jangkitan mula perlahan, tetapi pakar memberi amaran akan trend kenaikan dijangka berlaku lagi.
Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kes di Jepun berada di kedudukan ke-49 di dunia.
Situasi di Jepun lebih buruk berbanding negara jiran seperti Korea Selatan dan Taiwan, yang bertindak pantas untuk menyekat perjalanan dan menghapuskan kluster jangkitan.
Jepun juga sedang dilanda musim selesema, yang diburukkan lagi dengan COVID-19 yang memberi tekanan pada sistem perubatan. Perdana Menteri Yoshihide Suga berjanji untuk terus menyokong hospital dan mendapatkan vaksin yang cukup untuk seluruh penduduk Jepun menjelang separuh pertama 2021.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
