Zoo Melaka terima lebih lima tan bantuan makanan haiwan

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 30 Okt. – Lebih lima tan bantuan makanan dan sumbangan bernilai kira-kira RM100,000 telah diagihkan kepada Zoo Melaka bagi memastikan bekalan makanan haiwan peliharaan di lokasi itu mencukupi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, sumbangan yang diagihkan Syarikat Evergreen Energy Sdn. Bhd., dan Daya Rakyat Communications Sdn. Bhd., itu turut menyumbang kepada pembangunan zoo berkenaan dalam tempoh penularan COVID-19.

“Setakat ini jumlah keseluruhan sumbangan membabitkan makanan dan wang tunai telah diagihkan kepada kami, sekali gus mampu membantu MPHTJ dalam mengendalikan pengoperasian Zoo Melaka.

“Malah, sebanyak RM300,000 kos diperuntukkan dalam sebulan bagi memelihara hampir 600 ekor haiwan yang terdiri daripada 120 spesies di zoo ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan 10 Tan Sayur-sayuran bersama Evergreen Energy di Zoo Melaka, di sini baru-baru ini.

Tambah Shadan, pelbagai kaedah telah dilaksanakan agensi itu bagi memastikan haiwan yang terdapat dalam taman berkenaan terus kekal terpelihara.

“Zoo Melaka turut melaksanakan Program Pertukaran Haiwan bagi memelihara hidupan dalam kawasan ini dengan zoo lain yang terdapat di negara ini.

“Setakat ini, program berkenaan telah dilaksanakan di Tambun, Perak manakala di Langkawi pertimbangan pertukaran haiwan masih dalam perancangan,” katanya

Views:

784
Kongsi :
Previous post Bursa Malaysia dibuka rendah, kegiatan membeli berterusan
Next post Kes COVID-19 di Jepun cecah 100,000
Ubah saiz-+=