
Alumni SK Banda Hilir, STM berkumpul semula selepas hampir 70 tahun
BANDA HILIR 9 Ogos – Seramai 110 alumni termasuk bekas pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Banda Hilir dan Sekolah Tinggi Melaka (STM) berhimpun semula pada penganjuran Majlis Makan Malam Reunion Hebat, selepas 70 tahun terpisah.
Pengerusi penganjuran majlis Yoong Voon Chow berkata, perjumpaan semula itu membabitkan alumni kumpulan tahun 1955 dan pendidik era itu dari SK Banda Hilir serta STM.
Katanya, penganjuran majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan mengumpulkan semula semua bekas pelajar yang membawa haluan masing-masing selepas tamat pengajian.
“Perjumpaan ini secara tidak langsung mewujudkan dan membina ‘networking’ (jaringan) dalam kalangan kami yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.
“Majlis ini dirancang sejak awal tahun lagi dan berdasarkan sambutan menggalakkan selain kemahuan semua untuk mengukuhkan lagi talian persahabatan antara bekas murid serta guru kami akan teruskan program seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.
Program diadakan di The Malacca Club Rotunda itu dimeriahkan dengan jamuan makan, sesi fotografi dan persembahan ‘live band’.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
