Belanja RM30 dapat pulangan RM20

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 9 Ogos – Pengguna berbelanja melebihi RM30 dan membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-wallet di pasar malam akan menerima pulangan (cash back) berjumlah RM20.

Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Zulkarnain Mohd Yassin berkata, perkara itu bertujuan untuk menggalakkan pengguna beralih kepada transaksi tanpa tunai menerusi e-wallet.

“Untuk ‘cashless’ (tanpa tunai) di Negeri Melaka kita ada berikan pulangan rebat RM20 jika berbelanja melebihi jumlah ditetapkan.

“Sementara itu hasil maklum balas daripada peniaga bazar Ramadan yang lalu, keadah tanpa tunai membantu meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 2.5 peratus,” katanya pada sidang media selepas Program Walkabout Cashless Melaka di Pasar Malam Taman Seri Duyong, di sini, semalam.

Program itu turut dihadiri Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Mohd Noor Helmy Abdul Halem serta Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar.

Katanya, peniaga perlu mengamalkan kaedah transaksi tanpa tunai seperti disarankan kerajaan  dan beransur-ansur beralihan ke arah digital.

“Peniaga perlu lihat ini adalah satu transformasi digital dalam perniagaan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan mereka.

“Dengan adanya e-wallet ini, kita tidak perlu ada tunai, pembayaran juga lebih mudah dan pantas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1402
Kongsi :
Previous post Alumni SK Banda Hilir, STM berkumpul semula selepas hampir 70 tahun
Next post Biar curiga agar tidak dijerat
Ubah saiz-+=