
MPJ anjur Pertandingan Kibar Jalur Gemilang
JASIN 11 Ogos – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menganjurkan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 dan Sambutan Hari Malaysia.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (YDP MPJ), Rosemanizam Mohd Nalif berkata, pertandingan itu bermula dari 16 Ogos hingga 16 September ini.
Katanya, pertandingan itu dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Taman Perumahan, Bangunan Kerajaan, Bangunan Swasta, Gerai dan Bangunan milik MPJ sendiri.
“Pelbagai hadiah menarik yang keseluruhan berjumlah hampir RM5,000 disediakan sebagai menghargai pemenang pertandingan ini nanti.
“Antara objektif pertandingan ini adalah meningkatkan rasa cintakan Jalur Gemilang selain memeriahkan Bulan Kebangsaan yang disambut pada setiap tahun,” katanya, ketika dihubungi.
Selain itu MPJ tidak terkecuali daripada menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan 1,200 Jalur Gemilang sekitar daerah itu.
Beliau berkata, antara lokasi dihiasi Jalur Gemilang adalah di hadapan Bangunan Vista Alamanda, Bandar Jasin dan Bandar Merlimau.
“Aktiviti memasang Jalur Gemilang di lokasi berkenaan sudah dimulakan sejak awal bulan ini lagi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: LEBIH 10,000 ORANG KAMPUNG BERI SOKONGAN
AYER LIMAU 12 September - Lebih 10,000 penduduk kampung membanjiri pelbagai program sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TELUK BEREMBANG: DARI PAYA BAKAU KE DESTINASI PELANCONGAN
AYER LIMAU 12 September - Dahulu, kawasan ini hanyalah sebuah hutan paya bakau berlumpur yang sering ditenggelami banjir, namun siapa...
KAMPUNG BERINGIN SATU KOMUNITI, SATU HATI
DURIAN TUNGGAL 12 September - Perbezaan usia dan latar belakang tidak menghalang warga Kampung Beringin untuk terus berkumpul, mengeratkan silaturahim...
ILMU MESTI DITERJEMAH, BUKAN SEKADAR DISIMPAN
BANDA HILIR 12 September - Hasil penyelidikan dan penemuan akademik perlu diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat, bukan...
MBMB TEGAS SOAL KEBERSIHAN, TUJUH PREMIS TERIMA NOTIS
AYER KEROH 12 September - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan tujuh Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bernilai RM4,000 kepada pengusaha...
ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 12 September - Hampir 1,000 umat Islam memeriahkan Program Ayer Limau Berselawat ‘Mahabbah Cinta Rasul’ yang diadakan bersempena...
