
Lelaki ditemukan mati dalam teksi
KUALA NERUS, 11 Ogos – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan maut di dalam sebuah teksi dipercayai miliknya berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini, malam tadi.
Mangsa berusia 51 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk penumpang belakang teksi berkenaan dengan beberapa kesan kecederaan pada badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mangsa pada pukul 10.56 malam.
“Sebaik terima laporan, polis mengerah sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan.
“Siasatan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Rahim berkata hasil siasatan turut menemukan sebilah pisau di atas pelapik kaki bahagian pemandu teksi berkenaan.
Susulan itu, katanya pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan siasatan lanjut sedang berjalan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZAKAT MELAKA SANTUNI 60 PELAJAR ASNAF BUAT PERSIAPAN AIDILFITRI
BUKIT KATIL 5 Mac – Seramai 60 pelajar asnaf seluruh negeri ini menerima sumbangan bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri menerusi...
TEBUS BAUCAR E-WALLET, BERBELANJA DI BAZAR RAMADAN RAHMAH
KESIDANG 5 Mac - Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah di empat lokasi di negeri ini mula menebus baucar E-Wallet bernilai RM20...
TOH PUAN ASMAH SANTUNI ANAK YATIM, ASNAF
BANDA HILIR 5 Mac – Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, sebaliknya menjadi medan terbaik untuk memperbanyakkan ibadah...
TERUSKAN TRADISI PASANG LAGU RAYA, PERZIM SUNTIK ‘MOOD’ AIDILFITRI
AYER KEROH 5 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) meneruskan tradisi memasang lagu raya di semua muzium seliaannya bermula 15...
KONVOI RAMADAN MPHTJ SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN
AYER KEROH 5 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan menganjurkan program konvoi bermotosikal bagi menyampaikan sumbangan makanan...
TOK RAOP SANTUNI PENGUNJUNG, PENIAGA PASAR RAMADAN PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 4 Mac - Lawatan turun padang secara mengejut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara...
