
QB Titans B ‘raja libas’, Frozen ‘ratu jaring’ Jasin
BEMBAN 15 Ogos – QB Titans B dan Frozen masing-masing membuktikan keunggulan dalam kejohanan sukan peringkat daerah Jasin selepas muncul johan pada Liga Sukan Komuniti yang berlangsung di Dewan Terbuka Japerun Bemban, Ahad lalu.
QB Titans B mengungguli sukan sepak takraw selepas menewaskan Serkam United pada perlawanan akhir.
Manakala Frozen pula menjuarai sukan bola jaring dengan membenam cabaran Nyalas TBT.

Selaku johan, kedua-dua pasukan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, selain tiket beraksi di Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Melaka (bersama pasukan naib johan) yang dijadual berlangsung bulan depan.
Bagi daerah Jasin, masing-masing sebanyak 16 pasukan telah beraksi untuk sukan sepak takraw dan bola jaring.
Kejohanan di peringkat komuniti itu diadakan bertujuan mencari bakat baharu dalam tiga jenis sukan iaitu bola jaring, sepak takraw dan futsal di negeri ini.
Pertandingan tersebut akan melalui tiga peringkat iaitu daerah, negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
REHDA MELAKA KOMITED PASTIKAN SEKTOR HARTANAH TERUS MAMPAN
AYER KEROH 2 Mei – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka komited untuk memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam...
1,000 AIR KELAPA PERCUMA UNTUK PENGUNJUNG MELAKA RIVER CRUISE MALAM INI
DUYONG 2 Mei - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan 1,000 air kelapa pandan percuma menerusi tawaran istimewa...
WRUR AYER KEROH: MPHTJ PERUNTUK RM20,000 BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR
AYER KEROH 2 Mei - Inisiatif baik pulih kediaman penduduk dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dianggap sebagai satu...
CAJ PARKIR PASAR BORONG DITURUNKAN BERKUAT KUASA 1 MEI
AYER KEROH 2 Mei - Isu kenaikan caj parkir di Pasar Borong Batu Berendam yang sebelum ini didakwa membebankan selesai...
PELUANG BERMANJA DENGAN HAIWAN COMEL, EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 2 Mei - Pengunjung singgah ke Menara Taming Sari berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis haiwan...
‘SIFU’ SENI KAYU ASAHAN
ASAHAN 2 Mei - Individu ini memilih untuk tidak terlalu menonjol dan bersikap merendah diri meskipun kemahiran dimiliki bukan calang-calang...

