
11 mangsa tongkang karam di perairan Indonesia diselamatkan
BANDA HILIR 15 Ogos – Seramai 11 warga Indonesia dipercayai mangsa karam sebuah kapal tongkang diselamatkan selepas ditemui terapung di perairan negara itu, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua mangsa yang berusia antara 24 hingga 51 tahun itu diselamatkan oleh kru feri penumpang yang dalam perjalanan dari Dumai, Indonesia menghala ke Terminal Feri Antarabangsa, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka,
“Kira-kira jam 12 tengah hari ketika feri melalui sempadan perairan di Indonesia, kapten feri berkenaan menyedari 11 mangsa berkenaan terapung di permukaan laut.
“Kru feri terbabit kemudian bertindak menyelamatkan kesemua mereka termasuk seorang wanita yang mengalami sesak nafas akibat lemas sebelum meneruskan perjalanan ke jeti ICQS,” katanya.
Menurut beliau, mangsa wanita berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala 10 lagi mangsa selamat namun semua mereka akan dirujuk hospital sama untuk pemeriksaan susulan.
“Kesemua warga Indonesia terbabit akan diserahkan ke Jabatan Imigresen selepas ini untuk tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
87 KLINIK KESIHATAN DINAIK TARAF SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
LENDU 13 Mei - Sebanyak 87 klinik kesihatan dan klinik desa seluruh Melaka dinaik taraf sepanjang tiga tahun pentadbiran Ketua...
PETUGAS KESIHATAN INSAN HEBAT
LENDU 14 Mei - Petugas kesihatan dianggap sebagai insan hebat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana...
BOMBA MELAKA KENDALI 5,162 OPERASI KECEMASAN SEPANJANG 2025
LENDU 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengendalikan sebanyak 5,162 operasi kecemasan sepanjang tahun lalu sekali...
MELAKA PERLUAS INISIATIF PRODUK PELANCONGAN PERCUMA KEPADA PESARA
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri akan memperluaskan inisiatif kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih kepada golongan pesara badan beruniform...
MELAKA SAYANG ‘WIRA MERAH’, SALUR SUMBANGAN KHAS
LENDU 13 Mei - Seramai 50 pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima sumbangan khas RM5,000 daripada Kerajaan...
‘KITA TIDAK CARI SALAH ORANG, KITA FOKUS PERBAIKI HIDUP RAKYAT’
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk kekal menerajui Melaka dengan penuh rasa tanggungjawab walaupun penggal perkhidmatan bakal...
