
Banjir kilat: Tiada PPS dibuka di Gadek
GADEK 4 Nov. – Hujan lebat secara berterusan sejak awal pagi tadi mengakibatkan sepuluh buah rumah di Kampung Gadek Dalam, di sini dimasuki air.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan hujan lebat sejak jam 5 pagi tadi di negeri itu mengakibatkan banjir kilat berlaku di kawasan Gadek.
Katanya, keadaan itu mengakibatkan air Sungai Batang Melaka melimpah sehingga ke laluan jalan raya kampung berkenaan.

“Dua buah kampung di kawasan sungai terbabit iaitu Kampung Gadek Dalam membabitkan 10 buah rumah dan Kampung Dalong terjejas akibat banjir kilat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan air mulai surut.
“Agensi berkaitan masih membuat pemantuan di kawasan yang terjejas,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG DIGITAL: JPN MASUK KAMPUNG, MUDAHKAN PROSES TUKAR ALAMAT
DUYONG 13 Mei- Promosi berhubung inisiatif Kampung Digital akan terus dipergiat bagi meningkatkan kesedaran rakyat Melaka mengenai kepentingan mengemas kini...
MBMB, JAPERUN DUYONG SELARAS PENGGUNAAN PUSAT KOMUNITI BAHARU
DUYONG 13 Mei - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengadakan perbincangan bersama Japerun Duyong bagi menyelaras penggunaan Pusat Komuniti...
PELAYARAN INDAH DENGAN MELAKA SEA CRUISE
DUYONG 13 Mei - Menikmati keindahan panorama matahari terbenam dari Selat Melaka menjadi antara tarikan yang ditawarkan Melaka Sea Cruise....
UMAR BAIHAQI BAWA IMPIAN BOLA SEPAK KE TAIWAN
PENGKALAN BATU 13 Mei - Pada usia lapan tahun, Muhammad Umar Baihaqi Muhammad Amri sudah melakar langkah besar dalam dunia...
AHMAD ‘SAKSI’ KEMAJUAN KAMPUNG ORANG ASLI AIR DUSUN
MACHAP JAYA 13 Mei - Penyediaan infrastruktur mengikut keperluan dan kesesuaian semasa menjadikan kehidupan penduduk di Kampung Orang Asli Air...
LEGENDA BIPANG, KUIH BAKUL TIGA GENERASI
ASAHAN 13 Mei - Tradisi menghasilkan kuih bipang dan kuih bakul setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina terus dipelihara di...
