
BN akan terus pertahan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu akan terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang mencerminkan wajah Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata pada masa sama beliau berharap hubungan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) yang baharu terjalin dapat diperkukuhkan sehingga ke peringkat akar umbi.
“Ia bagi memangkin semangat perpaduan sekali gus memimpin negara dengan memberikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ahmad Zahid yang menghadiri Persidangan DAP 2023 di Putrajaya bersama Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini berkata beliau yakin parti itu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan perpaduan negara ini.
“Saya melihat kesungguhan DAP untuk mengekalkan perpaduan negara ini dari dua ucapan daripada Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) dan Lim Guan Eng (Pengerusi Kebangsaan DAP).
“Ia juga diterjemahkan oleh para perwakilan yang saya temui setelah saya menjejakkan kaki ke dewan perhimpunan ini yang mahukan kestabilan politik untuk memangkin lebih kejayaan buat Malaysia,” katanya. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ BAWA NAFAS BAHARU KE PASAR BESAR BACHANG
AYER KEROH 17 Ogos - Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang bakal dihidupkan pada sebelah malam menerusi program...
FELDA HUTAN PERCHA JADI MODEL DESA DI PENTAS ANTARABANGSA – KKDW
BANDA HILIR 17 Ogos - Felda Hutan Percha dipilih sebagai model komuniti luar bandar Malaysia untuk dipelajari 20 peserta dari...
MPHTJ ‘HIDUPKAN’ ASET, BAWA NILAI EKONOMI UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 17 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu mengoptimumkan aset miliknya yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya...
WRUR AYER LIMAU BAWA 100 PROGRAM, SEMUA LAPISAN RAKYAT DISANTUNI
AYER LIMAU 17 Ogos - Hampir 100 program disusun bagi memeriahkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
